facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

PERGHHHH TERLAJAK ROMANTIS!! Jom tengok foto-foto eksklusif Majlis Pertunangan Pelakon Remy Ishak!! Foto kedua terakhir tu paling "rare" & mengejutkan sekali!!!



"Alhamdulillah, terima kasih. Ya, saya sudah bertunang. Semuanya OK, doakan yang baik-baik ya," demikian kata pelakon Remy Ishak ketika diminta mengulas mengenai kesahihan dirinya bergelar tunangan orang.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei, 35, itu selamat bertunang dengan wanita pilihannya, yang juga seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof, kelmarin. </span>
 
Ditanya mengenai tarikh perkahwinan mereka, bintang drama rantaian 'Cik Serba Tahu' itu enggan mengulas lanjut.
Berita pertunangan Remy mendapat perhatian ramai apabila Insta Stories di Instagram milik Ezza juga ada menunjukkan dirinya dan Remy seakan duduk bersama di atas pelamin.
Berdasarkan gambar pertunangan yang dimuatnaik Ezza di akaun Instagramnya, ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan mendoakan supaya hubungannya dengan Remy bahagia hingga ke akhir hayat. </span>
Malah, pelakon Nad Zainal juga turut mengucapkan tahniah di ruangan komen. Jurugambar rasmi untuk majlis berkenaan juga mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk merakam momen indah Ezza dan Remy.
Difahamkan, majlis pertunangan pasangan ini berlangsung di kediaman bakal isterinya yang terletak di Pahang membabitkan keluarga kedua belah pihak.
Pada majlis itu, Ezza menggayakan baju berwarna ungu muda, manakala Remy memakai kemeja rona biru. </span>

0 Response to " PERGHHHH TERLAJAK ROMANTIS!! Jom tengok foto-foto eksklusif Majlis Pertunangan Pelakon Remy Ishak!! Foto kedua terakhir tu paling "rare" & mengejutkan sekali!!!"

Post a Comment