facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Padah Buat Cerita Kononnya Diculik, Peniaga Online Dipenjara 3 Bulan

Padah Buat Cerita Kononnya Diculik, Peniaga Online Dipenjara 3 Bulan



BATU GAJAH, PERAK - Padah buat cerita palsu kononnya diculik, Nurfauzilah Ariffin, 39, dijatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di Batu Gajah, lapor Harian Metro

Majistret Mohd Fitri Sadaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti fakta kes pendakwaan terhadapnya yang mereka cerita dan memberi maklumat palsu berhubung penculikan mengenai dirinya. 

Nurfauzilah yang juga isteri kepada anggota polis itu, mengaku bersalah di atas perbuatannya. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada jam 7.30 pagi, 3 Mei lalu di kuarters polis Perak Tengah, Nurfauzilah didapati memberi maklumat palsu melalui WhatsApp dengan menghantar pesanan suara meminta tolong. Selain itu, Nurfauzilah menerusi Facebook Messenger pula memberitahu berada dalam tahanan seseorang dalam tulisan bahasa Indonesia. 

Kes penculikan Nurfauzilah yang juga peniaga online itu kemudian tersebar meluas di laman Facebook.

Bagaimanapun pada 9 Mei lalu, polis menemui Nurfauzilah sedang bekerja di sebuah taska di Shah Alam, Selangor dalam keadaan selamat.

0 Response to "Padah Buat Cerita Kononnya Diculik, Peniaga Online Dipenjara 3 Bulan"

Post a Comment